Blogger Widgets

Monday 14 May 2012

BONDAKU..

As salam.. Sempena HARI IBU ni.. Sya ade sajak untuk Bonda Sya.. Kepada Ibu seluruh dunia Sya ucapkan SELAMAT HARI IBU..

Bonda..
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku

Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku

Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku

Bondaku..
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua

Bonda..
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Dirimu yang mulia ini..
P/S : KAK SAYANG MAK KETAT-KETAT.. KAK SAYANG ABAH ERAT-ERAT.. TERIMA KASIH DI ATAS SEGALA PENGORBANAN & KASIH SAYANG MAK & ABAH SELAMA INI..
 "SELAMAT HARI IBU.. BONDAKU ZALIYAH BINTI MAMAT"

No comments:

Post a Comment