Blogger Widgets

Thursday, 31 January 2013

PENING2..

AS SALAM.. Hari ni, nak create 2 post, curi masa sikit alang-alang bos dah keluar shopping..=l n now tgh jage office dengan pakcik babe (pekerja memasang). Tension sgt gaji belum dapat hari ni.. dah la duit yang ade pun semput-semput je nak guna.. Hurm..dengan perangai isteri bos lagi.. ade ke patut main tuduh je org letak fail merata.. padahal die yang nak ambik no fon kat fail tu tadi letak kat mesin fax.. duk serabe(meleter) je kjenye.. kate lelakinya yang suka serabe, die pun naik same lah macam laki die tu.. bengang jugak kadang2.. nak cari jugak kerja kat lain.. tapi belum ade masa lagi.. nanti, insyaAllah.. dapat mc dengan doktor time tu jugak akanku pergi interview tempat lain.. kata pakcik babe, kerani yang sebelum ni, xcekap.. sambil2 tu, tanye la jgk kot2 kite ni xcekap jgk ke kan..huhu..xpelah, at least kita dah cuba buat yang terbaik.. kalau tak puas hati lagi tak taw lah.. time kerja pukul 9 masuk n balik pukul 6.. tepat pada waktunya.. haha.. buat ape tunggu sampai pukul tujuh macam kerani sebelun ni, xde pun die nak kasi gaji lebih.. pernah jugak kak sah suruh tunggu tapi disebabkan gaji yang sunguh terhadnya, lebih baik cabut je balik.. biarlah dieorg yang selesaikan isu masalah pejabat n rumahtangga dieorg berdua..ni company dieorg kan.. asyik gaduh je kat pejabat.. pening2..

TERTARIK DENGAN POST NI..

Pada saya, biar dia SALAH SANGKA..biar dia salah anggap, biar dia salah menduga..biar dia tahu yang buruk, sebelum MENGHARAP yang baik-baik.. Jika dia IKHLAS, dia akan sedia MENERIMA kekurangan yang ada..dari hanya mengharap yang baik dan sempurna..apa guna menghabiskan MASA menunjukkan kebaikkan, bila dia tidak boleh menerima kelemahan dan kekurangan? Biar dia tahu saya tidak pandai itu, saya tidak pandai ini..biar dia tahu, saya mungkin tidak dapat memenuhi expectation dia yang tinggi melangit itu..biar dia tahu, saya pernah punya MASA LALU..namun saya masih punya MASA HADAPAN..biar dia tahu, biar dia buat keputusan supaya dia tidak rasa TERTIPU, supaya dia tidak menyesal nanti..

Saturday, 26 January 2013

KELIRUNYA HATI...

As salam.. Pejam celik, dah genap 2 bulan kerja kat sini.. Alhamdulillah.. segalanya berjalan dengan lancar. Sistem pengurusan di sini makin lama, makin dapat difahami dengan tunjuk ajar kak sah merangkap isteri bos serta penolong pengurus di E-Mola Furniture ni.. Pelbagai ragam manusia yang aku kenali. tak byk juga yang memeningkan kepala.. rasanya memang tak lama kerja kat sini.. dengan perangai bos yang tak mesra alam macam ni.. huhu.. stress.. tapi kalau nak tukar tempat kerja, terpaksa belajar pulak sistem pengurusan yang baru.. kerja aku kat sini cuma buat quotation untuk costumer.. isi borang tendeg.. scan2 sikit.. kalau tak banyak kerja tgk baju kat on9.. hoho.. tgk je.. nak beli tak mampu.. macam2.. kerja pun tak cukup, tak kerja lagi lah tak cukup.. huhu.. Lastly, belajar bersyukur je lah dengan apa yang aku dapat... moga2.. aku dapat bersabar lagi dalam 3 bulan.. kalau gaji stay ag macam ni, InsyaAllah, akan ku segera angkat kaki.. hua2... Ok lah, coretan kali ni berhenti di sini sahaja.. Wassalam..