As.. salam..
Sekarang da stat kat tempat kje baru.. Alhamdulillah.. semuanye berjalan dgn lancar.. Bos pun bek.. bagi arahan x marah2..staf2 lain pun even xbrape nak kenal batang hidung, semuanya nye ok.. asalkan dieowg xkacau, kire ok la kan..kadang2, takot jugak.. al maklum, aku sorang je pempuan kat sini.. Alhamdulillah.. syukur sgt2 di atas pemberian rezeki dariMU ni ya Allah.. Kau lebih mengetahui akan sesuatu keadaan.. Jauh bezanya tempat kerja lama (xyah tahu la ye..) dgn tempat kerja baru ni (xyah tahu jugak ye..kih3) At least, kuranglah cikit bebanan kat kepala ni duk fikir mcm mne nk dapat kerja lain ni.. Rezeki.. sape yg tahu kan..
Ok, kat tempat kerja baru ni, bos En. dot, dot, biase2 je.. low profile la kte org kan.. x sombong.. even die seorang yg berjaya dlm bisnesnya..Bos mcm ni la aku suke.. n oleh kerana terlalu suke.. meh nak create2 post ckit.. hihi..
Ni sape ntah yg tulis.. amik dlm komputer kat ofis nih.. xsalah membaca perkara yg bek2 kan..
bce ye..
Wanita dan Peringatan
Assalamualaikum,
Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita.
Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:
'Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kau wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".
Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkanyang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'
Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2.
Kamu kufurkan kebaikan suami.'
Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2.
Banyak bersedekah.
Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:
Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bus ni dah mampus agaknya."
Perkataan
mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakai perkakas rumah, hatta hatta suami pun kena sumpah.
Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis."
Yang
dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.
Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan suami'.
Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan suami'.
Rasulullah SAW berkata,'Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika,disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akanberkata,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak" (Terjemahan langsung dari Arab).
Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".
Rasulullah SAW sambung lagi,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.'
Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi? Wa iya zubillah.
Fadhilat beristighfar
a. Sabda Rasulullah SAW : 'Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).'Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi.
Rasulullah SAW menganjurkan kita
beristighfar 70 atau 100 kali sehari.Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita.
b
.Sabda Rasulullah SAW : 'Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan.Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita.
c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan,umur, kasih sayang dan anak-anak.
d. Sedekah
Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah
juga termasuk:
a.
Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami.
Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu di kalangan isteri-isteri baginda.
Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah.Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya".
b. Memberi salam.
c. Memaniskan wajah.
Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, 'Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah."Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :
Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah. (tak kiralah isteri atau suami...) Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.
SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW
p/s : Kalau kita hendak orang menghormati kita, kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang...
Kalau kita hendak mengubah sikap orang, kita hendaklah terlebih dahulu mengubah sikap kita..
Kalau kita hendak mencari kesalahan orang, kita hendaklah terlebih dahulu mencari kesilapan diri sendiri...Mulakan dengan diri sendiri...muhasabahlah...=)
No comments:
Post a Comment