Blogger Widgets

Sunday 9 December 2012

WORK

AS SALAM..lame sudah x bukak blog nih.. huhu.. ha.. hari 2 duk bz pasal projek akhir.. Letter Storage system projek punye tajuk.. Adoyai.. time nak bentang tu, macam2 punye problem, takot dapat markah rendah lh. macam2 duk pk benda bukan2 dalam kepala.. padahalnya.. tak berapa heran pun dapat berapa.. coz pe.. coz da lame duk tunggu, bila la habes blajar ni.. Duk tua kat situ da belajar.. Hoho.. orang lain belajar jugak, tapi xla sampai ke tua mcm aku ni.. haha.. Ha.. Sekarang usai sudah penungguanku.. dapat la jgk nak cari keje ke pe.. n now... Im working here..Emola Furtniture sdn bhd.. hoho.. dalam hati, slalu berdoa, yang rezeki yg ku dapat ni, dapat la jgk tlg mak abah.. niat aku, xnak mtk duit kt dieowg lagi lps ni.. yelah.. gaji aku tak seberapa.. tp syukurlah, kerja aku pun xberat mane.. nia ha.. siap dapat tulis blog lagi... hua3.. pape pun, alhamduliillah, syukur.. Pasal mse depan, aku berserah je kepadaNYA.. td tertarik dengan satu post kat facebook nih pasal jodoh.. "Lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya. Sabar. Tahajjud byk2. Istikharah rajin2. Taubat selalu2. Muhasabah sentiasa2. Ubah slow2. Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain dengan perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin. Jgn beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik. Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada. Boring. Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian. Tak sesuai yang ni, amik yg lain lah.." betukan, pe die kate.. kte ni pun, sebagai perempuan, perlu ade tindakan yang same.. OK? k.. sekian sahaja post kali ini..WASSALAM..

Sunday 23 September 2012

i City....=D

Permandangan Malam di i City..
Cantiknya si Merak ni..
Abah pun Sempat berposing same.. yg penting.. blakang tuh.. Hikhik..
Si kuda putih.. Tp syg xley nek..haha.. Chantekkk...
hai mak oi.. skenya berposing kat lampu ni ha.... hehe..
My sis..Syukrina..
Wif my causin to..
Berposing la jgk dkt dgn pkok berlampu ni.. huhu..

Friday 20 July 2012

Ramadhan Datang Lagi

As salam...
Salam Ramadhan kpd semua umat Islam... Moga-moga Ramadhan yg bakal tiba kali ini memberi sejuta makna dalam diri ini.. Ramadhan tahun lepas, Sya xdpt nk berpuasa cz ade masalah kesihatan.. pape pun, pose tetap kene ganti.. tp tu la yg sya risau.. nak ganti pun xsempat da.. Duk sakit je memanjang.. 2 xcampo dgn fidyah lg yg nak kene bayar.. Byk hutang wooo.. hoho..Betul kte ustaz yg bg ceramah kt tv ari tu.. Allah lebih menyayangi akan hamba-hambaNya yg sihat.. Ye la kan.. kalau xsihat, xdpt la kte nak tunaikan keawajipan kte sbg hambaNya secara sempurna kan? So, jge la kesihatan anda.. Mencegah lebih baik dari merawat taw! hoho.. Haa.. nk dkat pose ni ade pulak musim durian.. klau bab durian.. Bau xleh.. makan spuluh ulas durian bru bleh.. xmen la pning2 kpale duk bau je.. bek chek mkn.. xpning2 da lau mkn.. haha.. Esok da nak pose da.. so, meh kte rembat mkn durian byk2.hoho. Pagi2 lagi Sya da bangun kutip buah durian.. byk jgk yg dpt.. campo yg org bg pun ade.. pkok arwah tok blakang umah da nak hbes da.. Murah rezeki hari ni ramai yang bagi durian.. hik3..
Jom2.. Mkn durian.. Sya Blanje.. hehe..
Alhamdulillah.. Rezeki org bg durian hari ni.. huhu..

Tuesday 29 May 2012

Memiliki Hati yang Tenang..


As Salam..
Betapa mahalnya harga ketenangan jiwa. Banyak yang mengorbankan ape sje utk mendapatkannya kan... Namun, x sedikit juga yg keliru.
Lihat shj apabila seseorang ingi mendapatkan ketenangan jiwa. Sanggup menghabiskan masa berjam-jam utk berhibur sambil mengambil minuman yang keras. Tak sedikit juga yg menghabiskan ribuan ringgit utk mendapatkan pil penenang. Sementara, ketenangan yg diperolehi hanya sekejap sahaja. Akibatnya, bukan ketengan jiwa yang diperolehi, tetapi kerosan dan kehancuran yg akan diterima.

Kehidupan setiap hari dgn pelbagai-bagai masalah menyebabkan seseorang mendapat stress, risau, bimbang, gangguan emosi dan ada juga yang mengahapi kemurungan berpanjangan. Tgk, kehidupan yang kian mencabar, keperluan, ketuntutan kehidupan yg meningkat, kos sara hidup yg tinggi kesemuanya menyumbang kpd keadaan jiwa yg tdk tenteram dan memberi tekanan jiwa yg mebimbangkan.

Apb keadaan ini tdk terkawal lg, seseorang itu akan bertindak diluar batasan manusia yg sihat.. Contohnya, faktor membunuh diri, penderaan seksual, penyeksaan fizikal terhadap kanak2, membuang & membunuh bayi yg baru dilahirkan hinggakan boleh sampai keperingkat membunuh org lain..

Kepada yg sudi membaca blog Aishiteru Muskysya..
Hakikat sebenarnya, takde sesiapa pun boleh terlepas dr masalah kehidupan kan.. Itulah Sunnatullah yg berlaku di dunia. Kekayaan, pangkat & kedudukan pun takkan mampu menghalanginya.
Namun, Islam memberi penyelesaian terhadap tekanan hidup itu agar jiwa menjadi tenang. Takde istilah stress atau kecewa bg seseorang mukmin. Persoalannya, Islam telah memberikan penyelesaian utk menghadapi tekanan hidup.
Tgk, ini buktinya..

1. Membaca & mendengar kitab Al-Qur'an.
Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah s.a.w.. Ia mengeluh, “Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Hari-hariku penuh dengan perasaan tak tenteram, jiwaku gelisah, dan fikiranku kusut. Makan tak lalu, tidur pun tak lena," kata orang tersebut.

Ibnu Mas’ud menjawab, ”Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat :

Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya.

Kedua, engkau pergi ke majlis ilmu yang mengingatkan hatimu kepada Allah.

Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi, di sana engkau mengabdikan diri kepada Allah.


2. Menyayangi Org Miskin.
Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang tersebut. Sampai saja di rumah, segera ia berwudhu kemudian diambilnya al-Qur'an dan dibacanya dengan khusyuk. Selesai membaca, ia segera dapati hatinya memperoleh ketenteraman, dan jiwanya pun tenang. Fikirannya segar kembali, hidupnya terasa seronok kembali. Padahal, ia baru melaksanakan satu dari tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah s.a.w tersebut.

Rasulullah s.a.w memerintahkan kepada Muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin. Ternyata, sikap dermawan itu boleh mendatangkan ketenangan jiwa. Mengapa? Dalam sebuah hadis dijelaskan bahwa para Malaikat selalu mendoakan orang-orang dermawan:

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :“Setiap pagi hari dua Malaikat senantiasa mendampingi setiap orang. Salah satunya mengucapkan do'a: ' Ya Allah! Berikanlah balasan kepada orang yang bersedekah. Dan Malaikat yang kedua pun berdo'a :' Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang kedekut itu kebinasaan."

Dari hadis tersebut dapat disimpulkan bahwa orang yang dermawan itu memperoleh dua balasan. Pertama, ia mendapatkan ganjaran atas apa yang diberikannya kepada orang lain. Kedua, mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan dari Allah s.w.t.

3. Melihat org yg dibawah, jgn melihat org yg di atas.
Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita senantiasa bersyukur atas segala pemberian Allah s.w.t, meskipun nampak sedikit. Rasa syukur itu akan muncul bila kita senantiasa melihat orang-orang yang lebih rendah taraf kehidupannya dari kita, baik dalam segi harta kekayaan, tahap kesihatan, rupa paras, pekerjaan dan pendidikannya. Betapa ramai di dunia ini orang yang kurang bernasib baik. Rasa syukur itu selain mendatangkan ketenangan jiwa, juga akan mendapat ganjaran dari Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab."
(Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)

4. Menjaga perhubungan Silaturahim.
Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang memerlukan perhubungan sesama manusia, untuk bantu membantu sesama mereka. Berbagai keperluan hidup tak mungkin diperolehi tanpa bantuan orang lain. Oleh itu, di dalam hadis Rasulullah s.a.w diperintahkan untuk tetap menjalin hubungan silaturahim, sekalipun terhadap orang yang melakukan permusuhan.

Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda bahwa silaturahmi dapat memanjangkan umur dan memurahkan rezeki . Hubungan yang baik di dalam keluarga, maupun dengan jiran tetangga akan mendatangkan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik itu juga akan menyelesaikan berbagai masaalah yang dihadapi oleh masyarakat.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menjamin untukku satu perkara, aku jamin untuknya empat perkara. Hendaklah dia bersilaturahim (menjalinkan hubungan baik) nescaya keluarganya akan mencintainya, diperluas baginya rezeki, ditambah umurnya dan Allah s.w.t. memasukkan ke dalam Syurga."(Hadis Riwayat Ar-Rabii)

5. Banyakkan mengucap kalimah "la hawla wa la quwwata illa billah." & berzikir kpd Allah
Sumber ketenangan jiwa yang hakiki adalah bersumberkan dari Allah s.w.t. Oleh itu hendaklah kita selalu menghubungkan hati dengan Allah s.w.t. dalam semua keadaan, baik dalam keadaan senang maupun susah. Banyakkanlah berzikir dan membaca kalimah-kalimah Allah. Perhubungan yang kuat dengan Allah s.w.t. akan membuat jiwa seseorang menjadi kuat, tak mudah diganggu gugat oleh sesiapa pun, apabila hati sentiasa mengingati Allah maka syaitan laknatullah tidak akan dapat mempengaruhi hati dan fikiran kita.

6. Menyatakan kebenaran walau ia pahit didengar.
Hidup ini harus dijaga agar senantiasa berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran harus diperjuangan. Pelanggaran terhadap kebenaran akan mendatangkan kegelisahan. Ketenangan jiwa akan terbina apabila kita tidak melanggar nilai-nilai kebenaran. Sebaliknya, pelanggaran terhadap kebenaran akan berpengaruh terhadap ketenangan jiwa. Lihat saja orang-orang kerap berbuat maksiat, kehidupannya dipengaruhi kegelisahan.

7. Sentisa berlapang dada terhadap kecaman org lain asalkan yg kita lakukan adalah benar2 krn Allah SWT.
Salah satu faktor yang membuat jiwa seseorang tidak tenang adalah kerena selalu mengambil perhatian kecaman orang lain terhadap dirinya. Sedangkan seseorang akan memiliki pendirian yang kuat jika berpegang kepada prinsip-prinsip yang datang dari Allah s.w.t. iaitu Islam sebagai cara hidup. Sekiranya kita ikuti apa yang berlaku di dunia sekarang ini, ianya akan menganggu ketenagan jiwa kita.


8. Tidak meminta-minta kepada orang lain.
"Tangan di atas (memberi) lebih mulia dari tangan di bawah" adalah hadis Rasulullah s.a.w yang memotivasi setiap mukmin untuk hidup berdikari. Tidak bergantung dan meminta-minta kepada orang lain, kerana jiwanya akan kuat dan sikapnya lebih berani dalam menghadapi kehidupan. Sebaliknya, orang yang selalu meminta-minta menggambarkan jiwa yang lemah. Hal ini tentu membuat jiwanya tidak tenang.

9. Menjauhkan diri daripada berhutang.
Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w dengan tegas mengatakan yang bermaksud : “Janganlah engkau jadikan dirimu ketakutan setelah merasakan keamanan!”
(Para sahabat) bertanya:" Bagaimana boleh terjadi seperti itu!"
Sabdanya :" Kerana hutang.”

10. Sentiasa berfikiran positif.
Mengapa seseorang mudah stress dan jiwa tak tenang? Salah satu faktornya kerena ia selalu berfikiran negatif. Selalu mencela dan menyesali kekurangan diri. Padahal, setiap kita diberikan oleh Allah s.w.t. berbagai kelebihan. Ubahlah fikiran negatif itu menjadi positif. Ubahlah perasaan keluh kesah yang membuat muka berkerut, lemah badan dan kecewa dengan ucapan yang mengembirakan. Ucapan yang mengembirakan akan membuat kita mudah tersenyum, jiwa menjadi lebih bersemangat. Bukankah di balik kesulitan dan kegagalan ada hikmah yang boleh jadi pelajaran? Dan bukankah disebalik kesulitan ada kemudahan?


P/S : C.. Nmpak mudah je kan.. tapi nak dapatkan ketenangan tu pyh sgt nk buat.. Sesungguhnya hati ini terlalu keras.. Ya Allah.. kau lembutkan la hati yg keras ni.. Hurmm.. Amal2 kan la ye.. Even Sya sendiri pun xdpt nk buat sume ni..Huhu.. Pape pun, try yep! InsyaAllah..

Sunday 27 May 2012

Senyumlah Wahai Hati..

As salam..
Hati ni selalu bertanya.. Akan adakah lagi ujian buatku kali ini..
Ya Allah.. Kau Maha Mengetahui atas apa yang telah Engkau tentukan kepadaku.. Diriku hanyalah hambamu yang hanya mampu tersenyum dalam keredhaan..

Hari ni Sya edit2 pic.. mcm ni la lau rutin Sya klau da boring xtaw nak wat ape2 sgt.. Meh layan perasaan sdey sikit.. tgk ye.. Huhu..




Thursday 24 May 2012

Cuti kawin..

Alahai.. seminggu plak xdek cls.. boring sgt2.. nih cuti2 skolah ramai la org nak kawin kan.. Sepupu2 Sya  blah abah 3 orang, blah mak sorang.. xcampo dgn kwn2 lagi..adoyai.. pning2.. ehem2.. ckp pasal kawin ni.. mmg la teringin.. sape la yg x teringin kawin kan.. ikatan tu terlalu suci n indah.. Smlam Sya bwu tgk spupu Sya akad nikah.. Sebaya ngen Sya.. n merangkap bez frend stu classmate dgn Sya time Form6 dlu.. Alhamdulillah.. Da sah dieowg as hasband n wife kan.. Sya doakan dieowg bahagia hingga ke akhir hayat.. Org sume duk tnye gliran kte ni ble plak.. huhu.. Hisyh.. blaja pn xhbes2 ag.. nak kje plk t.. lambat lg ler jwbnya.. pape pn, kne tggu jgk sampai ekonomi btul2 kukuh dlu bru pk pasal kawin2 nih... cam nak melabur kat bursa saham je kan bunyinya.. hukhuk.. tp.. huhu.. hanya tuhan je taw betapa Sya inginkan ikatan yang suci ni.. Doakan Sya ye.. moga2 murah rezeki n dpt kawin cepat2.. P/s : doakan kebahagiaan sendiri.. xslah kan, kan,, haha..

Tuesday 22 May 2012

Tahukah anda ape itu SLE?


Berikut adalah luahan hati penyakit kronik ini..

HARI bahagia yang bakal dilalui sebagai pengantin baru akhir bulan ini pastinya menambah tekanan kepada wanita ini selepas disahkan menghidap penyakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) atau Lupus.
Apa tidaknya, ketika bakal pengantin lain sibuk membuat persiapan, Nas Norniza Nasbah, 26, sebaliknya dikejutkan dengan berita menghidap SLE, April lalu.
“Bagaikan tidak percaya...rupanya demam yang kerap menyerang tanpa henti awal tahun ini, lenguh badan dan sakit sendi adalah simptom awal menghidap penyakit itu,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini. 

SLE adalah penyakit kronik berpanjangan yang berlaku akibat kecelaruan sistem pertahanan tubuh membabitkan sistem auto imun badan apabila sistem pertahanan menyerang tubuh. Sistem pertahanan tubuh adalah rangkaian sel yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.

Penyakit ini ada kalanya sukar didiagnos pada peringkat awal kerana gejala-gejalanya tidak begitu ketara. Ini adalah kerana gejala awal penyakit SLE tidak spesifik termasuk rasa letih lesu, demam, sakit sendi dan keguguran rambut. Kebanyakan pesakit SLE (70 hingga 80 peratus) mengalami masalah kulit. Selalunya bahagian muka akan terjadi ruam yang dikenali sebagai malar rash atau butterfly rash.
Ruam ini terjadi di bahagian pipi dan hidung dan oleh kerana bentuk ruam ini merupai bentuk sayap rama-rama, ia juga dikenali sebagai butterfly rash.
“Bayangkan jika anda di tempat saya...persiapan hampir siap sepenuhnya. Perasaan sedih menguasai apabila diberitahu saya menghidapi penyakit ini. Pada mulanya, saya tidak risau atau sedih selepas dimaklumkan akan sembuh menjelang hari bahagia.

“Namun harapan itu hampir musnah apabila seluruh badan dipenuhi kesan ruam termasuk muka. Ruam yang memenuhi badan beliau itu akibat penyakit Steven Johnson iaitu alahan kepada ubat.

“Sebaik saja dibenarkan keluar daripada hospital swasta di Alor Star, Kedah, saya berehat di rumah keluarga. Seminggu selepas itu, saya mengalami kesan ruam dan ulser penuh di mulut. Keadaan bertambah teruk dengan deria penglihatan yang bertambah kabur hari ke hari.

“Tidak cukup dengan itu, kesan daripada penyakit SLE ini, saya sentiasa lemah. Tapak kaki dan tangan saya sentiasa panas dan setiap malam, saya tidak dapat tidur lena kesan daripada rasa panas," katanya.

Ditanya apakah yang membuatkan beliau bersemangat melawan penyakit ini walaupun tahu kesan dalam kehidupan seharian beliau, Nas Norniza yang lebih mesra dipanggil Nonie, tersenyum lantas menjawab, salah satu faktor utama ialah mementingkan masa depannya, termasuk untuk bergelar isteri dan seterusnya berkeluarga.

Walaupun ramai yang berpesan untuk tidak memikirkan hal itu, namun Nonie punya alasan tersendiri mengapa perlu fikir perkara itu.
“Semua orang di sekeliling saya memberi kata-kata sokongan untuk kuat dan berfikiran positif walaupun muka saya seperti melecur pada peringkat awal dan agak sukar untuk sembuh dalam tempoh terdekat. 

“Untuk berfikiran positif, saya mengandaikan, hanya perkahwinan membuatkan saya gembira dan bersemangat untuk terus melawan rasa sakit,” katanya.

Anak muda yang bekerja di salah sebuah syarikat penerbangan tambang murah terkenal di negara ini memberitahu, dia juga tidak bergantung kepada ubat semata-mata sebaliknya mendekatkan diri dengan Allah SWT dan sentiasa berdoa kepada-Nya. 

“Setiap hari saya berdoa dan saya yakin abah dan mama juga tidak henti berdoa agar kesihatan saya cepat sembuh. Saya akui sokongan keluarga dan orang sekeliling amat penting bagi dalam mengharungi hari-hari sebagai pesakit SLE.

“Sewaktu disahkan doktor mengenai penyakit ini, hampir setiap hari saya lihat, abah dan mama menangis apabila memeluk saya tidak kira di rumah atau di hospital. Mereka bagaikan tidak percaya apa yang berlaku kepada saya.

“Pernah sampai satu tahap, saya meminta mereka yang datang melawat supaya tidak menangis kerana saya perlukan sokongan dan bukan air mata untuk melawan penyakit ini,” katanya.

Beliau memberitahu, sebelum terlantar di hospital selama dua minggu, dia masih sempat menghadiri kursus perkahwinan.

“Orang mungkin kata saya seperti terdesak tetapi ini adalah cara saya melawan kesakitan saya. Bagi saya tiada apa yang mustahil. Saya ada membaca pelbagai maklumat mengenai SLE dan ramai pesakit penyakit ini masih mampu meneruskan kehidupan mereka bersama keluarga masing-masing,” katanya yang bercadang menjadi ahli persatuan SLE selepas selesai majlis perkahwinannya nanti. 


Wanita Asia antara majoriti penghidap

LUPUS pada dasarnya adalah penyakit berkaitan kecelaruan sistem auto imun. Masalah auto imun adalah penyakit yang berlaku apabila tisu badan diserang sistem imun atau pertahanannya sendiri. Sistem imun adalah satu sistem yang kompleks dalam tubuh, direka khusus untuk menyerang ejen-ejen jangkitan seperti bakteria dan mikrob asing. Satu cara sistem imun menyerang jangkitan ialah dengan menghasilkan antibodi yang terikat dengan mikrob. 

Mereka yang menghidap lupus menghasilkan antibodi yang tidak normal dalam darah yang tertarik untuk menyerang tisu dalam tubuh mereka sendiri berbanding ejen jangkitan asing. Oleh kerana antibodi dan sel yang mengiringi keradangan boleh menjejaskan tisu di mana saja dalam tubuh, lupus punya potensi untuk menjejaskan banyak bahagian tubuh. Masalah lupus menjejaskan sistem organ seperti kulit, sendi, dan organ dalaman.

Sebab yang tepat bagi menjelaskan mengapa masalah auto imun tidak normal boleh menyebabkan lupus masih tidak diketahui. Faktor seperti diwarisi secara genetik, virus, sinar ultra ungu dan ubatan tertentu adalah kebarangkalian yang ada memainkan peranan.

Perunding Perubatan dan Rheumatologi Hospital Columbia Asia Bukit Rimau, Dr Kuan Woon Pang, berkata faktor genetik meningkatkan kemungkinan akan terhasilnya penyakit auto imun dan penyakit auto imun seperti lupus, rheumatoid arthritis, dan gangguan auto imun thyroid adalah paling biasa dialami dikalangan mereka yang punya pertalian dengan pesakit lupus namun dalam kes tertentu ia tiada kena mengena dengan sejarah keluarga.

“Lupus boleh dihidapi lelaki dan wanita. Bagaimanapun 90 peratus penghidap lupus adalah wanita yang mana lazimnya dihidapi pesakit berusia antara 10 hingga 50 tahun terutama mereka yang berketurunan Afrika-Amerika dan juga Asia,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Gejala penyakit ini berbeza-beza dan meluas serta boleh menjejaskan beberapa bahagian tubuh. Pada otot skeletal ia menjejaskan sendi dan menyebabkan sakit sendi yang ringan hinggalah kepada serius. Lupus juga boleh menyebabkan athritis pada tangan. Kulit pula boleh terjejas oleh ruam, jangkitan kulit dan bintil lebam yang menyakitkan. 

Buah pinggang menghasilkan deposit protin dan boleh menyebabkan kegagalan renal, dan pesakit memerlukan dialisis. Sistem saraf boleh menyebabkan disfungsi mental, sawan, psikosis dan sakit kepala yang teruk. Darah beku boleh terbentuk begitu juga pulmonari embolism. Jantung pula boleh menyebabkan sakit dada, endocraditis, dan myocarditis. Gejala pada jantung berkemungkinan ada kaitan dengan dengan kesan yang diberikan Lupus pada darah, akibat pembekuan yang boleh berlaku. 

Sesak nafas begitu juga pleurisy boleh terjadi di dalam paru-paru akibat Lupus. 

Ada dua jenis lupus - pertama dan yang paling lazim adalah Discoid Lupus erythematosus (DLE) yang hanya menjejaskan bahagian kulit yang terdedah manakala jenis yang lebih serius dipanggil Systemic Lupus Erythematosus (SLE) yang menjejaskan sistem tubuh termasuk kulit.

Bagi pesakit DLE, ruam bermula dengan beberapa tompok kemerahan, keras dan kasar dan meninggalkan parut. Tompok ini di muka, di belakang telinga dan di kulit kepala. SLE menyebabkan pelbagai gejala. Ruam merah yang bertompok serta berbentuk rama-rama muncul di pipi dan bawah hidung. Gejala lain termasuk sakit sendi, demam, hilang selera makan, loya, kelesuan, dan hilang berat badan.

Ada juga gejala seperti anaemia, masalah psikiatrik dan neurologi, kegagalan buah pinggang, pleurisy, arthritis dan pericarditis. Diagnosis dilakukan dengan ujian darah dan juga biopsi kulit. 

Penghidap SLE yang ringan mampu menikmati tahap kesihatan yang hampir normal untuk jangka waktu yang panjang; dengan rawatan ubat corticosteroid dan immunosuppressant juga dapat memanjangkan jangka hayat. Walaupun terdapat pelbagai pilihan rawatan untuk tahap Lupus Erythematosus yang tertentu, SLE adalah penyakit yang berpotensi untuk membawa maut. 

“Bentuk rawatan Lupus perlu menumpu kepada kesan sampingannya. Tiada penawar untuk penyakit ini, jadi perkara yang mampu dilakukan pesakit adalah dengan mengurangkan gejalanya. Ubat anti keradangan diberikan untuk kesakitan arthritis begitu juga pleurisy. Ruam kulit boleh dibantu dengan corticosteroids, yang biasanya datang dalam bentuk krim atau losyen bukan saja untuk menghilangkan ruam tetapi juga untuk melegakannya. Gejala yang teruk perlu diperiksa oleh pakar menerusi pemantauan yang rapi terhadap jenis gejala selain pelbagai cubaan ujian dilakukan bagi mengesan jenis rawatan paling berkesan. 

Bagi anda yang perlu hidup dengan lupus sepanjang hayat, beralih kepada amalan gaya hidup yang sihat seperti diet yang seimbang dan melakukan aktiviti senaman ringan secara terancang. Persekitaran yang bebas dari tekanan juga sangat membantu. 


INFO


·         Ada dua jenis lupus iaitu Discoid Lupus erythematosus (DLE) dan Systemic Lupus Erythematosus (SLE)

·         DLE hanya menjejaskan bahagian kulit yang terdedah manakala jenis yang lebih serius, SLE menjejaskan sistem tubuh termasuk kulit.

·         Bagi pesakit DLE, gejala termasuk ruam dengan beberapa tompok kemerahan, keras dan kasar dan meninggalkan parut. 

·         Bagi SLE, ia menyebabkan pelbagai gejala seperti ruam merah yang bertompok serta berbentuk rama-rama muncul di pipi dan bawah hidung. Gejala lain termasuk sakit sendi, demam, hilang selera makan, loya, kelesuan, dan hilang berat badan.

·         Ada juga gejala seperti anaemia, masalah psikiatrik dan neurologi, kegagalan buah pinggang, pleurisy, arthritis dan pericarditis. Diagnosis dilakukan dengan ujian darah dan juga biopsi kulit.


Bicara Kata Ustadz Azhar Idrus..

As salam..
Sememangnya kita mengharapkan calon suami seperti yang diperkatakan oleh Ustad Azhar Idrus.. Tapi semua 2 adalah jodoh yg telah ditentukan oleh yang Maha Esa.. Ha.. Lau xnmpak zoom sikit ye.... Hehe. 

Thursday 17 May 2012

Best lagu ni.. Hayati Liriknya yerk... & jangan lupe.. play lagu ni kuat2.. wajib taw! hehe..=P


LIRIK LAGU : BUATKU DISANA


p:

Sering harungi sendiri kekurangan diri
Hanya tuhan mengerti
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia

L:
Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah

P:
Masihkan hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa

L:
Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang dihati
P:
Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
Cukuplah buatku disana
L:
Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah
Ohhh
L &P:
Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
Detik percintaan persis satu anugerah
Aku pinta hanya bercinta
P:
Masihkan hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa
L:
Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
L&P:
Kau nafas akhirku
Kau yang dihati
Ohh huu

BuaTku Di saNa.. - MuskySya..^_^

Monday 14 May 2012

yeke... erm...

As salam..
Tarraaa.. Ha.. ari ni Sya ade 2 Post nk kongsi dgn sape2 yang sudi gunakan matanya untuk membaca postku ni.. hehe.. tgk fact tuh.. btul ke ha.. ermm.. ade pendapat yang mengatakan kalau couple 2 asyik je bergaduh.. ble bergaduh.. cam nak break up sangat dah.. tapi last2 berbaik balik orang cakap mereka 2 saling sangat  mencintai antara satu sama lain.  yeke erk..
Ermm.. Tp bagi Sya la kan.. lau selalu bergado je.. jadi tabiat or prkara biase dalam couple lak.. lepas 2, timbul la rase xslesa kan.. lme2.. hubungan 2 akn jd boring.. Rase stress pn ade.. erm.. btul x? tapi mane kan terubat hati yang sakit.. Adoi.. pedih2.. nak panjang2 x syok lak gdo2 ni.. sakit kepala.. huhu..
Semua org ade pndapat masing.. so,  Up 2 you.. huhuhu..

BONDAKU..

As salam.. Sempena HARI IBU ni.. Sya ade sajak untuk Bonda Sya.. Kepada Ibu seluruh dunia Sya ucapkan SELAMAT HARI IBU..

Bonda..
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku

Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku

Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku

Bondaku..
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua

Bonda..
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Dirimu yang mulia ini..
P/S : KAK SAYANG MAK KETAT-KETAT.. KAK SAYANG ABAH ERAT-ERAT.. TERIMA KASIH DI ATAS SEGALA PENGORBANAN & KASIH SAYANG MAK & ABAH SELAMA INI..
 "SELAMAT HARI IBU.. BONDAKU ZALIYAH BINTI MAMAT"

Wednesday 2 May 2012

Terpisahnya kita dek jarak..

As salam kpd yg sudi membaca....


Sekarang da awal bulan Mei.. Akhir bulan ni si dia akan pergi meninggalkan ku.. abahnya terpakse bpindah balik kat sblah utara.. kampung si dia.. Hari tu katanya mmg family dieowang nak menetap kat sini.. tapi tup2 tibe-tibe je trpaksa pindah jgk.. ermmm.. kalau boleh, skrg ni setiap masa sya nak spend time dgn si dia.. nanti si dia da kat sane da pyh da kteowg nak jpe.. Janjinya akan dtg.. tapi bile tu.. hurm.. x sggup rsenya sya nak duduk dlm penantian yg lame ni.. tp sbar je ye sya.. sesuatu yg terjadi tu msti akan ade hikmahnya kan, kan.. P/s: bahagian sedapkan hati sendiri.. uhuk3.

Sya xbiase duk jau2 mcm ni dgn si dia.. Dlu pn klau duk jau2 mst ade je benda xkena kat kteowg... kteowg kat sni pn slalu kua same2.. lau xjpe lame sikit pn da trase rinduuu sgt.. nanti mcm mne la kan..  Wlau cmne pn..sya trpaksa akur dgn perpisahan ni..

Terpisahnya kita dek jarak.. si dia di Utara dan Sya di Timur nie.. =(

Monday 20 February 2012

Muhammad Aidil Adam bin Dandan

Haa.. Ni die org yg sng hati da nk g skolah yg sya janji nak upload ari tu.. hehe..

My Sweet Brother...

Cari Kerja..


Assalamualaikum.. Sekarang Sya tga cari kerja.. tp Sya belum hbes belajar lg.. erm... nak buat camne yek.. Sekarang banyak betul jawatan kosong yang Sya nak.. tp dapat tengok je lar.. Hisy.. lambat tul nak hbes blajar ni.. Hurm.. xpelar..Mybe bukan rezeki Sya lagi kn nak kerja.. lagipun, Sya bukan sihat sangat.. Mak Sya cakap Sya xbley duk jau ngen mak.. Yela... sekarang kat Ganu bukannye ade kerja sgt.. InsyaAllah,, nanti Sya habes belajar, Sya try apply la kat mane2 ganu ni.. Mintak2 dipermudahkan la segala urusan nanti.. Doakan kejayaan Sya yerk...

Saturday 18 February 2012

Pada malam ini...

Assalamualaikum...
Haa... td Muskysya tgk stu drama ni .. "Jujur Aku Dayus" Cte die pnye la lame.. last2 ending die 5minit nak hbes baru la tau kes pe dan mengapa.. adoyai.. mate ni da mcm ikan bruk da tgk cte tu duk tggu dia pnye ending camne2.. Muskysya x brape suke cte mcm ni.. mleret sangat.. penat taw tggu camni.. huhu..

Hari ni sya ade upload pic profile sya.. tajam x renungan mate die kat sya.. hehe.. ni la satu-satunya teruna yang kteowg ade.. adk bongsu sya.. Umo die 4tahun.. sekolah Taski.. Hai.. adik2.. kcik2 ag da skolah.. pagi2 kene bangun awal da.. dah la liat nak bangun.. mak la yg trpakse kejutkan die pg2.. Pastu..siap mandi pakai bju sume, mesti ade alasan dia xnak p skolah.. nk tgk tv la.. tu la.. ni la..puas duk pujuk.. penat jgk lyn krenah die ni.. sampai sklah, duk bkepit pulak ngen mak xmau bagi mak tggl die.. nak tggal dia pnye la pyh.. cikgu2 kat ctu wajib kne pegang dia wat mcuk dalam cls.. cam penjara katenye.. haha.. ckap pandai.. tp penakot..
Sekarang... pejam celik da mcuk bulan 3 da die p skolah.. Alhamdulillah.. x mcm dlu da.. twun dari mtor, salam.. siap bg kiss lg kat mak.. pastu ckp bye2.. isyh2.. Bek btul.. hbes cikgu2 puji die da jadi bek.. hehehe.. adk2.. ha.. nak taw pe name die... Muhammad Aidil Adam bin Dandan.. Panjang tul kan namenye.. hik2.. Cam xcye die da skolah.. t sya upload pic die yag sng aht p sklah ye.. huhu..
Adoyai... ngantuknye.. Ni time Sya tdo da..
Nitez....... ",

Saturday 11 February 2012

2.00 pm ' Kuch Kuch Ho Ta Hai'

Eloo.. Hari minggu macam ni mmg la boring ckit klau tak buat ape2 kan.. so, td Muskysya buat krepek pisang.. trase lak nak mengnyah ptg2 macam ni.. tp krepek tu x brape menjadi sgt la coz byk yang hangit! huhu.. lupe nk kcikkan api td.. alahai.. tapi lame2 menjadi jugak la.. bley la mkn kan..Hehe.
P/s: nmpak sgt Muskysya ni x brape pandai masak.. Huhu..


Haaa.. Ari ni ade lak cter hindustan kul 2.00pm... siap2 wat krepek td.. wat air sirap ckit duk depan tv tgk cte Kuch Kuch Ho Ta Hai sambil mengunyah krepek.. Hehe.. Seingat Muskysya cter ni muncul time Muskysya sklah menengah kot.. Lame gler da.. Tp sampai skrg bez kan cter 2.. Ni coz penangan mamat Syahrukh Khan tu la blakon.. Sape xknl kan dgn mamat ni.. da jadi Datuk da skang kat Malaysia nih.. Kat India Muskysya xtaw la plak dia jadi ape..xkan org panggil Datuk jgk kot kn kt sane.. hehe.. Kajol , Rani & Salman pun ade blakon.. Camne x mantapnye cter ni kan..

Friday 10 February 2012

Bismillah...^_^

Assalamualaikum... Sebagai pemula bicara, ingin Muskysa menyatakan blog yang diberi nama Aishiteru Muskysya ini adalah digarap penuh oleh Muskysya sendiri atas khayalan Muskysya semata-mata.. hehe..^_^