Blogger Widgets

Thursday 25 July 2013

Di Pagi Subuh...

As salam.. Arhggg..! Ngantuknye.. tapi pape pun, kne bersahur jugak... Dalam Hadith ade menyatakan.. "Beza antara orang yang berpuasa dengan orang yang tidak berpuasa adalah mereka bersahur" so, even sahur tu adalah perkara yg disunatkan.. banyak faedahnya... mmg la kan.. setiap perkara yang disunatkan tu, ade kebaikan yg akan kte perolehi n ade ganjaran yang Allah akan bagi.. Insya Allah.. Smoga ape yg kte lakukan hanya kerana Allah..

Pagi Jumaat hari ni sejuk sgt... hujan semalam nyata belum reda sampai ke pagi. kadang reda.. kadang lebat... Ble je reda skit, terasa plak nak solat subuh bjemaah kat masjid dekat dgn rumah hari ni.. kebiasaan, ade takzirah pg jumaat yg akan disampaikan..Al maklum la.. selang sebuah rumah je masjid 2 dari rumah aku.... kuat jugak la dga even xpakai speaker.. Time solat subuh tu, Imam memulakan takbir, suara imam muda ni  mmg aku kenal.. budak kampung aku.. x silap aku, umonye sebaya dgn sepupu aku.. between 29th or 30th la.. raka'at pertama lpas bce al fatihah tu, imam bacekan surah panjang. banyak yang dibantu imam yang lebih berumur serta berpengalaman ketika bacaan surah dibacakan.. xpe.. die muda lagi.. banyak benda lagi die kne blaja.. sepatutnya, benda mcm tu jgn kte persendakan.. xramai anak2 muda nak jadi imam.. nak belajar jadi imam bukannye senang..Die pun aku dga, pelajar dari bekasan tahfiz, dari mesir bagai da...tp Allah tu maha Esa.. Dia nak uji keimanan hambanya.. Macam mne die lancar sekalipun dlm menghafal, tetap ade yang terlupa.. tetap ade yang tersekat-sekat.. Kte bukan semuannya sempuna kan..mybe imam yang lbey berumur n berpengalaman ni nak bagi change kat imam muda ni kot..  imam teruskan solat subuh seperti biasa.. aku ingatkan sembahyang sujud sejadah yang dibuat pada solat waktu subuh tu coz imam bace surah panjang tadi.. so, aku terus sujud.. tak rukuk da... tbe2, imam takbir i'ktidal, mane aku nampak, imam sujud ke rukuk, so, aku tuggu jela smpai imam sujud.. wait2, aku imam ke die imam skang.. huhu.. tp aku buat mcm tu pun coz tgk owg kat depan aku buat mcm tu..bknnye pandai2, suke2 hati aku je.. so, aku  follow jela.. tapi aku tau, if aku trus je sujud, that's mean, aku tertinggal satu rukuk.. kat ctu da mula confuse da solat aku.. tp aku trus follow je imam smpai la habis salam.. lpas habis je salam.. tdengar ramai yg berbisik-bisik kecil pasal tadi.. ternyata, ramai orang confuse dgn solat tadi.. aku ni lagi la confuse..Huhu.. lalu aku tanye kat makcik sebelah aku ni.. aku dga die da gi wat umrah.. slalu jugak tgk makcik ni berjalan kaki sorang2 p masjid.. Rajin makcik.. aku? muda2 ni pandai bwk mtor bagai xpernah p masjid kecuali pada bulan pose je.. jadi la muke bulan pose..malu aku..huhu.. so, tgh2 cnfuse tu, aku tnye la mkcik tu samada solat td sah ke tak cox aku tak rukuk.. makcik tu ckap, xpe.. lau rase cnfuse, buat balik.. n then, mkcik tu ckp.. klu kte dga betul2 bacaan surah imam bce tadi, byk yg die tertinggal (mne aku tau.. aku follow jew...hoho), die muda lagi.. biasela tu mkcik tu ckap.. btul3x, aku sependapat ngen mkcik tu.. huhu..  so, aku tarik sejadah, p blakang cikit, aku buat solat subuh balik.. lepas tu, ade takzirah yg disampaikan oleh imam tadi.. sambil2 dga takzirah tu, ade sorang makcik dtg tegur aku dgn ramah.. mak xdtg ke die tnye.. aku jawap x.. rajin ye p masjid hari ni.. (hah, amik kau, muka xpernah p masjid, tup2 ade kat masjid hari ni.. mmg padan la dgn muka aku ditanya mcm tu..haha..) then, aku bgtaw la.. hari ni xkerja makcik.. xleh nak tdo, p masjid la..(pandai la kau.. hari jumaat baru ni xkje jugak, xnampak2 pun batang hidung kau kat masjid nih.. ade je cari alasan nak mengelak) hoho... pe nk jadi la ngen aku ni.. adoyai... orait lah, skian aje coretan hati di blog Musky pada kali ni.. Selamat Berpuasa....=)

Wednesday 24 July 2013

Rasulullah & Limau


As Salam... Salam Ramadhan.. Bulan Penuh Penghayatan...Menariknya cerita ni.. Jatuh hatiku pada akhlak Rasullullah.. bce ye..


Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.

Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka.

Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya.

Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut."

"Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa.

Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW

*********


P/S : Haaaaa..! Skip Bce ek?? Kalau pasal Islam je nak skip baca ek?? Bce betul2 pengajaran dari sirah Rasulullah ni ye... saya bace pun sebab saya tak perfect...=(

Monday 8 July 2013

Mulut.... )

As salam.. Syukran.. Alhamdulillah, hari ni cuaca baik sgt.. xpanas, xhujan.. redup je.. @ 7.30am dari rumah smpai la opis @ 7.50am.. pe mcm? laju x.. hiks2.. nsb bek dkt je tmpat kje... traffic light pun 3 batang je nk kne tggu.. tu pun, bknnye lame sgt.. lau xdan sgt, rempuh jew.. tu pun dgn cara berhemah la.. (tengkorak hang) hua2..
Fuh, da smapai tmpat kje.. punch card n than bli paper utk bos.. 'kosmo'.. (rutin harian). pagi2.. bos siap2 kan plan utk staf technician for team 1 n 2.. n then, start 'bertapa' bce paper.. kih2.. time cm gini, aku nk tnye pape pun kot2 menganggu.. so, aku pun start b'tapa jgk bce news kat online jni .. jimat.. xpayah membazir duit... aku bkn byk duit sgt pown cm bos bli paper hari2..huhu.. lau rase nk bce paper sgt, pinjam je yg bos punye.. hoho..
Ha.. cte slot drama melayu semalam.. bez jgk nk release kpale kn.. ' Hilangnya Doa Seorang Ibu'  sad story la jugak.. bt pengajaran utk kte n aku sndiri.. pengajaran yg aku ambil kat cni adalah mulut kite..  Mulut kia sekalipun merupakan anggota badan yang paling kecil, namun kesan yang ditimbulkan lebih merbahaya. kata-kata yang keluar daripada mulut juga lebih parah if out of control bley menimbulkan fitnah n permusuhan sesama manusia.. Pape perkataan yg keluar dari mulut akan mewarnai kehidupan kita.. if yg keluarnya baik, maka, nampak baik lah.. if xbaik.. buruk la kehidupan tu.. right? coz that, kata-kata yang baik adalah yang isinya terkandung ajakan ke Jalan Allah dan mengandungi nasihat yang berguna dalam memperjuangkakn syariatNya. Sedangkan kata-kata yang keji  ialah suka mencela, menguntuk coz semua tu akan menaburkan dendam, kebencian dan permusuhan..

syyyyyyyyyyhhhh...

n dalam 'metro harian' hari ni plak ade menyatakan :-


Keratan harian metro hari ni..

Tuesday 11 June 2013

Alhamdulillah.. Thanks to Allah..


As.. salam..
Sekarang da stat kat tempat kje baru.. Alhamdulillah.. semuanye berjalan dgn lancar.. Bos pun bek.. bagi arahan x marah2..staf2 lain pun even xbrape nak kenal batang hidung, semuanya nye ok.. asalkan dieowg xkacau, kire ok la kan..kadang2, takot jugak.. al maklum, aku sorang je pempuan kat sini.. Alhamdulillah.. syukur sgt2 di atas pemberian rezeki dariMU ni ya Allah.. Kau lebih mengetahui akan sesuatu keadaan.. Jauh bezanya tempat kerja lama (xyah tahu la ye..) dgn tempat kerja baru ni (xyah tahu jugak ye..kih3) At least, kuranglah cikit bebanan kat kepala ni duk fikir mcm mne nk dapat kerja lain ni.. Rezeki.. sape yg tahu kan..
Ok, kat tempat kerja baru ni, bos En. dot, dot, biase2 je.. low profile la kte org kan.. x sombong.. even die seorang yg berjaya dlm bisnesnya..Bos mcm ni la aku suke.. n oleh kerana terlalu suke.. meh nak create2 post ckit.. hihi..

Ni sape ntah yg tulis.. amik dlm komputer kat ofis nih.. xsalah membaca perkara yg bek2 kan..
bce ye..

Wanita dan Peringatan

                  Assalamualaikum,

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita.

Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:

'Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kau wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkanyang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'

Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.'

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :

1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bus ni dah mampus agaknya."
Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakai perkakas rumah, hatta hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis."
Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan suami'.

Rasulullah SAW berkata,'Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika,disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akanberkata,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak" (Terjemahan langsung dari Arab).

Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".

Rasulullah SAW sambung lagi,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.'

Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi? Wa iya zubillah.

Fadhilat beristighfar
a. Sabda Rasulullah SAW : 'Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).'Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi.
Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari.Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : 'Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan.Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita.

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan,umur, kasih sayang dan anak-anak.

d. Sedekah
Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah
  juga termasuk:

      a. Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami.

Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu di kalangan isteri-isteri baginda.

Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah.Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya".
b. Memberi salam.
c. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, 'Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah."Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :

Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah. (tak kiralah isteri atau suami...) Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW

p/s : Kalau kita hendak orang menghormati kita, kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang...
        Kalau kita hendak mengubah sikap orang, kita hendaklah terlebih dahulu mengubah sikap kita..
        Kalau kita hendak mencari kesalahan orang, kita hendaklah terlebih dahulu mencari kesilapan diri sendiri...Mulakan dengan diri sendiri...muhasabahlah...=)


Wednesday 5 June 2013

Cuti2 Muzium Terengganu..

As Salam.. Hye..Ni pos yg ketiga hari ni... hehe.. ok. post yg ni xmau marah2 da.. nk releks2 je k.. huhu.. ok.. dah berenti kerja ni xde pe nak buat baik bawak dieowg ni p berjalan.. so, smlam plan nak g, hari kteowg pergi la Muzium Negeri Terengganu ni... ni sebenarnya port dgn orang yg amat di rinduuuuuuuuuui sgt2 tu jugak..alahai.. teringat plak kat die.. dah3.. hehe.. k, let's see pe kteowg dapat snap kat cni.. 

 
Ni lah adik2 yg ku sayangi..kih3.. meh kte jalan2 lg.

.  
Siap duk atas meriam jepun lagi.. meletop kang bwu taw.. huhu.. 

Pameran Perikanan

posing2 adam.. Kak na control ayu.. kih2.

.
lawa kan die punye lukisan.

Cam jadi cap adam dh bubu tu.. huhuhu..





kapal2 kecik diewg buat... comel2.. huhu..






lau pakai macm ni lawa x? hehe..



Ni la budak.. org swuh turun, xmau.. siap suruh snap pic die ag..  amk nah..

ni la perkampungan nelayan zaman dlu2..

snap pic sdiri plak.. kih3..

adam nak bawak balik.. nk panjat dah tuh..aduh2.. nasib bek xde guard kt ctu..
ha.. this my stage! suke2 hati die je...

rempah ratus org melayu..

 drawing ni cantik.. meh2, nk snap ag..
cumil3x......=)

ok.... puas dh men duk dlm pameran perikanan ni.. jom kte posing2 kat lua lak..



















ok... that all.............=)






Enough...

Hari ni sebenarnye ade 3 post.. wow.. tbe2 je kan.. haha.. tangan ni duk gatal sgt nak menaip hari ni..xtaw la npe.. xpe lah.. Sekadar luahan hati yg xterluah di lidah.. tapi terluah kat cni.. huhu. Hari ni hari kedua da duk kat rumah & dua hari jugak berhenti kerja.. kputusan brenti kerja ni dah 2 bulan lepas.. tapi asyik2 xjadi.. ha.. kali ni memang betul2 jadi la.. bukan mimpi2 ngeri dah.. haha. ENOUGH.. sampai disini saja pengalaman yg xberapa nak dijadikan pengalaman la sepanjang kerja kat situ.. Memori indah? langsung tiada.. dah cukup segala kata2 sindiran, cacian yang diterima selama 5 bulan bekerja kat situ.. selalu org ckap, kerja dengan org cina ni payah.. die xpaham kita.. tapi pemahaman mcm tu rasenye patut dihapuskan.. sepanjang 5 bulan bekerja di bawah org melayu ni.. xde pape yg dapat.. yg dapatnya cume rase xpuas hati..makian yg diterima.. bekerja mcm nak mati pun, die xkan tengok pe yg dah kte buat.. still kate kte xtaw ape2.. padahal yg xtaw ape2nye adalah diri die sndiri.. yg xtaw menilai.. jauh lagi nak hargai ape yg kte dah buat untuk die.. Ini lah org melayu.. ble dah rase senang sikit, lupa asal usul..mula berjalan berdongak ke langit.. kononnya yg paling kuat adalah die.. yg paling pandai adalah die.. mentang2 die yg bayar gaji, pekerja2 ni diibaratkn org suruhan & kuli batak die.. org melayu mcm ni la membuatkan org melayu kte mundur hari demi hari.. sering menindas antara satu same lain.. yang di fikrkannya.. adalah untung semata-mata..langsung die x fikir.. semua keuntungan yg diperoleh tu adalah hasil pertolongan org lain jugak..kalau nk rapkan die seorang yg handle.. jawapnye lingkuplah semuanya.. coz pe.. semua kerja office tu pekerja yg buatnya.. die juz bagi arahan.. silap sikit, dah jadi macam org xbetul duk tengking2 org. Padahal, semua tu bleh satel.. Hari tu, 3hari baru dapat gaji.. dapat plak gaji xcukup.. lepas tu, nak naikkan lagi gaji memang tak la jawabnye.. xpelah.. yg penting kat cni.. "aku xkan halalkan gaji aku tu sampai ble2.. bawak lah nak pergi ke mekah ke pe dgn duit tu ye.. kau makan lah duit tu kenyang2 ye.. biar kembong bulat perut kau nanti" hurm.. marah ni..marah ni.. :-/

Tuesday 4 June 2013

Ganti.. xpayah nak tangguh2 da..

As salam.. Salam bulan Jun... Hari ni & semalam baru dua hari duk ganti puasa.. byk hutang ni nk kena langsai.. xtaw la ble nk berganti yg ade lg tu.. tu lah, duk tangguh2 byk la jadinye... Alahai.. brdosanye aku meringankan suruhanNYA.. semalam puasa habes lembik satu bdn ni ha..lutut duk tketar2 tahan.. nk berdiri lame2 ckit pun xbley... Ni sume pasal terkejut lambat sahur... mkn pun dua suap je dapat ngap.. dgn ubatnya xsempat nak makan.. memang patut la gini jadinya...huhu. pape pun, xbaik jugak mengeluh.. tahan2..huhu.. time berbuka plk, memang xpyh nk kate la.. pe yg ade kat ats meja sumenya nmpak sedap je.. yg pahit2 mulut sebelum ni habes hilang..xtaw gi kt mne.. berselera habis time tu..tu la hikmahnya berpuasa ni kan.. time x berpuase, duk memilih sgt makannye.. rase ni tak sedap lah, rase tu, x sedap jugak lah.. Duk xsedap2 last2 rezeki pun lari lh kan.. patut bersyukur je la dgn rezeki yg ade kat depan mate tu.. xbek kutuk rezeki..

Friday 29 March 2013

TAK BLEH SABAR DAH..

AS SALAM.. Sugulnya hari2 aku ketika ni.. xtaw la samada keputusan aku untuk meninggalkan E-mola Furniture ni btul atau tak... Ikutkan rasa sakit hati, marah tu melebihi rasa kesian pada bini bos aku ni.. tiap2 hari kene marah di bos.. Jenis aku, tu hak dieorg laki bini nak gado ke pe... Tp kadang2 nek serabut jugak kalau dah hari2 duk bergado depan staf.. Aku yang ade telinga ni terpakse la menadahkan telinga plak dengar luahan dari kak sah (isteri bos)aku xkisah dia nak luah kat aku ke pe.. bg aku.. kalau tu bley buatkan die lepaskan stress die langsung aku xkisah.. Dalam bab marah memarahi ni jgk, aku pun turut serta kena dgn bos.. silap kecik diperbesar-besarkan macam gunung berapi... yang aku tak tahannya.. setiap kesilapan yang aku buat tu xbleh ke ckap dengan cara yang berhemah ckit.. nak kate xde pelajaran, dengar2 takat u.. tapi etika dengan pekerja langsung xde... aku tahu lah dia tu bos... tapi kalau bos pun, xbleh eh tegur dengan cara yang membina sikit, bkn dengan cara nk marah2 org je mcm tu.. bt aku mcm tu makin down la aku buat kerja.. Banyak silap la jadinya.. Problem gaji pula, aku rasa takat Rm600.00 tu kat mane2 insyaAllah ade lagi.. yang penting, hati perut kepala aku ni xla tiap2 hari duk tencen dgn bos.. yang aku geramnya, bila die xpuas hati dgn aku, die bgtaw kat staf len n kat Kak Sah.. pastu, hak staf tu plk jadi tukang penyampai berita pe yang bos xpuas kat aku.. bila aku tanye, bos sruh sampaikan ke? xde plak die kate bos tlg sampaikan.. batu api la katekan.. mulut die plk lebih2.. tali barut pun sume ade lah.. nak tunjuknye xpuas hati die tu kat aku kat staf len... pe jenis bos ntah mcm ni... Trus tranglah, bagi aku, bos macam ni xperlu nak hormat2 sgt lah.. Ego je lebih.. cukuplah kalau kite buat kje hk die sruh je.. Hbis time kerja, balik. Aku rasa, aku lebih hormatkan bini die drpd die.. nak bagi orang hormat kte, bkn dengan cara marah2, herdik2 orang mcm tu.. nk ajar org bkn dengan cara puaskan hati sendiri, pk jgk perasaan org len.. baru la orang hormat kita.. so, jadi lah manusia yang berhemah sikit.. jage etika, jage hubungan majikan dengan pekerja.. bknnye masuk ofis, duk kje sound2 org je kerjanya..Kesilapan yang boleh diperbaiki, kte perbaiki.. xperlu nak tinggi2 kan suara.. kteowg bkn pekak pun.. ntah2 diri sendiri yang pekak xtaw la duk jerit2 je bercakap.. p/s : Kepada Kak sah, Na mtk maaf byk2.. bkn niat na nak menyusahkan Kak Sah.. Tp na dah xthn duk kat sini lagi.. Ade je benda Na buat xmemuaskan hati bos.. Ape na ni teruk sgt ke? skarg.. Na pergi tanpa inform kat Kak Sah bkn bermaksud Na nak biadap dgn kak sah.. tapi ini lah yang Na nk bgtaw ble Na betul2 dah bersikap biadap dengan bos macam dia slalu tuduh Na biadap dengan dia selama na kerja kat sini.. Semoga Kak sah dapat cari Staf yang memuaskan hati bos. tp bukan macam Na yang selalu buat silap n berkelakuan biadap ni.. Harap Kak sah dapat maafkan Na..

Thursday 31 January 2013

PENING2..

AS SALAM.. Hari ni, nak create 2 post, curi masa sikit alang-alang bos dah keluar shopping..=l n now tgh jage office dengan pakcik babe (pekerja memasang). Tension sgt gaji belum dapat hari ni.. dah la duit yang ade pun semput-semput je nak guna.. Hurm..dengan perangai isteri bos lagi.. ade ke patut main tuduh je org letak fail merata.. padahal die yang nak ambik no fon kat fail tu tadi letak kat mesin fax.. duk serabe(meleter) je kjenye.. kate lelakinya yang suka serabe, die pun naik same lah macam laki die tu.. bengang jugak kadang2.. nak cari jugak kerja kat lain.. tapi belum ade masa lagi.. nanti, insyaAllah.. dapat mc dengan doktor time tu jugak akanku pergi interview tempat lain.. kata pakcik babe, kerani yang sebelum ni, xcekap.. sambil2 tu, tanye la jgk kot2 kite ni xcekap jgk ke kan..huhu..xpelah, at least kita dah cuba buat yang terbaik.. kalau tak puas hati lagi tak taw lah.. time kerja pukul 9 masuk n balik pukul 6.. tepat pada waktunya.. haha.. buat ape tunggu sampai pukul tujuh macam kerani sebelun ni, xde pun die nak kasi gaji lebih.. pernah jugak kak sah suruh tunggu tapi disebabkan gaji yang sunguh terhadnya, lebih baik cabut je balik.. biarlah dieorg yang selesaikan isu masalah pejabat n rumahtangga dieorg berdua..ni company dieorg kan.. asyik gaduh je kat pejabat.. pening2..

TERTARIK DENGAN POST NI..

Pada saya, biar dia SALAH SANGKA..biar dia salah anggap, biar dia salah menduga..biar dia tahu yang buruk, sebelum MENGHARAP yang baik-baik.. Jika dia IKHLAS, dia akan sedia MENERIMA kekurangan yang ada..dari hanya mengharap yang baik dan sempurna..apa guna menghabiskan MASA menunjukkan kebaikkan, bila dia tidak boleh menerima kelemahan dan kekurangan? Biar dia tahu saya tidak pandai itu, saya tidak pandai ini..biar dia tahu, saya mungkin tidak dapat memenuhi expectation dia yang tinggi melangit itu..biar dia tahu, saya pernah punya MASA LALU..namun saya masih punya MASA HADAPAN..biar dia tahu, biar dia buat keputusan supaya dia tidak rasa TERTIPU, supaya dia tidak menyesal nanti..

Saturday 26 January 2013

KELIRUNYA HATI...

As salam.. Pejam celik, dah genap 2 bulan kerja kat sini.. Alhamdulillah.. segalanya berjalan dengan lancar. Sistem pengurusan di sini makin lama, makin dapat difahami dengan tunjuk ajar kak sah merangkap isteri bos serta penolong pengurus di E-Mola Furniture ni.. Pelbagai ragam manusia yang aku kenali. tak byk juga yang memeningkan kepala.. rasanya memang tak lama kerja kat sini.. dengan perangai bos yang tak mesra alam macam ni.. huhu.. stress.. tapi kalau nak tukar tempat kerja, terpaksa belajar pulak sistem pengurusan yang baru.. kerja aku kat sini cuma buat quotation untuk costumer.. isi borang tendeg.. scan2 sikit.. kalau tak banyak kerja tgk baju kat on9.. hoho.. tgk je.. nak beli tak mampu.. macam2.. kerja pun tak cukup, tak kerja lagi lah tak cukup.. huhu.. Lastly, belajar bersyukur je lah dengan apa yang aku dapat... moga2.. aku dapat bersabar lagi dalam 3 bulan.. kalau gaji stay ag macam ni, InsyaAllah, akan ku segera angkat kaki.. hua2... Ok lah, coretan kali ni berhenti di sini sahaja.. Wassalam..